Friday 26 July 2013

gambar hasil ikat celup


Gambar2 proses ikat celup . khas untuk kerja khusus seni tugasan 4/2013 . hasil daripada ikatan dan celup. then jadi la btik tersebut . . weng.weng














Proses Batik Celup

Proses Ikat Celup


contoh corak ikat celup
Jenis ikatan

1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan


Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan
Contoh pewarna fabrik (dye)
Proses

1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan
3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik
4. Kain dikeringkan
5. Rendam/sapu dengan sodium silikat/pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan warna)
6. Buka ikatan/jahitan atau simpulan
7. Basuh kain dan keringkan
*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna juga boleh digunakan.

warna yang dibancuh dengan air

ikatan mestilah kuat agar warna tidak menyerap ke dalam ikatan

contoh hasil  ikat celup pada kemeja T

contoh beg ikat celup
  
contoh sarung kaki ikat celup


SUMBER : http://senivisual1.blogspot.com/2012/02/proses-ikat-celup.html

Proses Batik Canting

SUMBER : http://lamanseni09.blogspot.com/2011/04/kraf-batik.html

Assalamualaikum, PELAJAR TINGKATAN 5 yang tak siap lagi tugasan . Saya lampirkan Proses membuat batik canting :)

Batik lukis dikenali juga dengan panggilan batik canting atau batik tulis.
Canting digunakan untuk melakarkan imej atau motif pada kain dan secara langsung menjadi penghalang warna daripada memasuki bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki.
Warna yang digunakan dalam batik lukis ini ialah remazol atau primazin. 
Hari ini, teknik yang sama digunakan untuk menghasilkan lukisan batik.
Bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan batik lukis
PROSES BATIK LUKIS